Garis perjalanan yg panjang penuh ranjau menuntut kemampuan diri menangani apa jua dugaan hidup dgn kental. Tidak bernama kemanisan andai diri goyah dgn pelbagai cabaran. Tidak dikatakan keindahan jika diri rebah dgn pelbagai godaan. Segala cabaran dan godaan sama ada semasa usia muda atau tua merupakan proses mengenal diri dan memaknakan insani. Usah terperangkap dgn situasi yg merosakkan diri, terpengaruh dgn anasir-anasir yg menyalahi undang-undang agama. Usah terpedaya dgn keadaan yg mencemarkan hati, terganggu dgn unsur-unsur yg membunuh ketuhanan jiwa. Teguhkan hati, tebalkan iman, kejapkan diri, kentalkan pendirian. Walau musim bersilih ganti, walau ombak datang membadai, walau apa jua rintangan yg menghunjam, kesemuanya perlu diharungi dgn berani. Kibarkan bendera dgn cekap utk menerobos dunia agar hati tidak kecundang. Apa jua yg datang, apa jua halangan yg hadir adalah kematangan. This quotes are related for me :[ Be strong nurin dgn pelbagai ombak fitnah yg melanda dirimu. Semoga semua ini akan berakhir dipihak yg benar. Amin..



