Assalamualaikum. Ok actually video dekat atas ni ditujukan khas, ikhlas kepada mama saya yang cantik lagi anggun tertarik kau memang "DEBOMM" hahaha, Puan Saridah Binti Kudin a.k.a A Princess Charming of Encik Ahmad Rusdi Bin Abdul Latiff. Abah saya yang paling handsome dan buncit! I love you so even more until my last breathe Mama & Abah! Sempena tahun baru yang bakal membuka tirai esok, disini tertulis coretan serta niat di dalam hati adik berazam akan menjadi seorang anak perempuan yang paling baik and solehah buat mama. Izinkan adik mencium tapak kaki mama memohon maaf atas segala kesalahan dan kesilapan yang pernah adik lakukan selama hidup di dunia ni. Adik terlalu menyusahkan mama. Adik mungkin tidak dapat membahagiakan mama. Tetapi dengan kehadiran adik di setiap saat dan melihat mama tersenyum tatkala berbual dengan adik, adik merasakan adik telah berjaya membuatkan hari hari mama indah berwarna-warni bak pelangi. Yaa, adik bukanlah anak yang sempurna buat mama tapi adik berusaha untuk memberikan yang terbaik buat mama selagi adik mampu, yang boleh membanggakan mama, abah dan keluarga. Adik sayang mama sangat sangat <3 Tanpa mama, adik tak akan lahir di dunia ni. Sekali lagi pinta adik dari mama, sejuta kemaafan adik mohon di atas semua kesalahan yang telah adik buat sepanjang tahun 2011 ni. Airmata mama yang telah jatuh kerna kecewa dengan perbuatan, sikap, tutur kata dan semuanya amatlah adik kesali. Maafkan adik mama! :( Adik dah terlalu derhaka rasanya dengan mama. Kekasaran bahasa yang telah terlanjur bicara dari mulut adik adalah tidak sengaja sama sekali. Adik seorang manusia yang lemah mama, yang sering melakukan kesalahan. Tidak cukup untuk dipuji, digahkan kepada orang ramai. Banyaknya dosa adik dekat mama sampai tidak dapat terhitung dengan lebih dari sejuta tahun! :( Adik rasa bersalah sangat bila teringat dah membuatkan mama nangis dengan sikap adik. Adik mengaku adik tersangat degil dan selalu tak dengar cakap mama. Adik akan perbaiki semuanya pada tahun hadapan. Ini janji adik pada mama! Adik pegang pada janji ni. Adik harap adik akan dapat membanggakan mama dengan keputusan yang cemerlang pada SPM 2012 nanti. Insyaallah dengan berkat Allah S.W.T. Yang adik perlukan hanyalah berkat dan doa dari mama untuk adik sepanjang tahun 2012 bagi menjalankan peperiksaan dengan baik. Amin.
"Mama adalah segalanya bagi adik" "Mama, I love you very more <3"



