Haih mata kata nak tidur, hati kata nak online. Pulak dah! Apa pun tak boleh! Aih malas pulak nak tidur lagi. Dok belek-belek gambar dekat folder lappy ni. Alahai banyaknyaaaaa! Tak tertengok eden :< Em korang, malam khamis baru ni kan, saya mama dengan abah makan lah kat luar. Pastu masa dah siap makan, tengah duduk2 rilex abah tetiba tegur saya sambil pandang rambut saya. Dia cakap, "Adik colour rambut ke?!" Dengan muka yang agak bengis lah jugak. Err terkejut do. Then I said."Ha takde ah! Colour rambut apanya" Hahaha jawab balik dengan nada yang marah kot. Yela tetiba je cakap macam tu kan. Saya perasan jugak rambut atas ni perang sikit. Tapi bukan colour, memang macam ni. Tahu dah Abah tak kasi colour rambut kan? Abah alim sikit. Mama takpe, asalkan halal. Tapi takpe la. Adik tak suka. Karang apa orang cakap, tak elok pulak kan. Adoi abah ni pun. Sebenarnya time tu tengah badmood gila. So abah tanya sikit pun jawab sampai nak marah. Sorry Abah. Adik sayang Abah! :* K lah ngantuk dah. Muah



