Assalamualaikum. Hey morning guys. There's anybody miss me? Ouch big hugs from me ^_^ Sorry dear stalkers, how long saya tak update blog kan? Tahun ni memang susah gila saya nak online. Saya diblock oleh parent untuk study 24 hours non stop. Semata-mata untuk SPM this year. K saya redha. Demi cita-cita saya sanggup berkorban apa sahaja. Yeay! hehehe. Saya online fb pun guna hphone je. Yang sekarang ni pun abah kerja luar then laptop dia tinggalkan kat rumah. Boleh lah curi-curi online kejap. So today 19th January, Thursday dengan bangganya saya beritahu bahawa saya tidak pergi ke sekolah. Dari pagi semalam saya mula sakit tekak teruk sampai nak telan nasi pun tak boleh sebab sakit sangat. And sakit tekak yang agak teruk ni dah pun melarat sampai ke demam and selsema. Okay, memang saya suka (Y) Ya Allah ya tuhanku, sembuhkan lah aku secepat yang mungkin :( Hidung saya sakit sangat, pedih something. Dah lah asyik batuk. Sabar jela dengan dugaan ni. Mungkin saya dah lama tak demam seteruk ni. Saya selalu sihat walafiat je. Bukannya nak mintak sakit kan, siapa nak sakit. Cuma ni mungkin ujian dariNya. Bersabar jela.
Ha by the way, semalam saya masuk tournament SIRKIT BOLING MSSP SIRI 4 2011/2012 di Premium Lanes. Banyak sekolah yang bertanding semalam. Yang satu lane dengan saya semalam, Amanina Jamari with tiga orang lagi budak sekolah Alor Akar. Oh God, they such a very very nice girl. Even ktorg tak kenal satu sama lain tapi semalam macam member sekelas dah. Comel je semua :> Nama dorang Amirah Hanim, Fatin Nabilah and Fatin Nur Farahiya. Asal strike je ktorg mesti "GIVE ME FIVE" Hahahahahaha. Dorang baik sangat dengan saya. Member dorang yg main sebelah lane pun selalu tegur saya. Panggil 'Nurin'. Terkejut saya, ingat kan memang dah kenal. Rupa-rupanya nama dekat atas tv tu kan ada hehe. Happy sangat semalam XD After penyampaian hadiah habis semua saya nak balik, then saya pun pergi dekat Fatin Nur Farahiya then salam dia dengan kawan dia yang lagi sorang yang perangainya agak lincah. She say "Byeee Nurin :D" Me reply "Byeeeeee jumpa lagi :D". Alahai sedih pulak nak berpisah kan. Insyaallah umur panjang ktorg jumpa lagi. Hm 10 orang yang dapat score pin paling banyak jatuh dapat medals. Alhamdulillah syukur! Saya dapat num 7. Cantik num "7" ni ork? Hahaha k gedik. Setelah penat lelah saya membaling bola boling tu sebanyak 6 game tanpa henti. Ada jugak lah hasil kan even num 7. Weh, susah do nak dapat num bawah dari 10 ni. Markah keseluruhan 6 game yang saya main ialah 698. Sikit tu :< Semalam pun hampir nak nanges je sebab takut markah rendah dari orang lain. Amy dapat num 11, pun okay kan. Lagi satu num je nak dapat num 10. Sokay dear, try pulak untuk SIRI 5 pada 9 February ni eh? Muah <3 Untuk siri ke 5 nanti insyaallah saya nak masuk lagi. Kalau nak dekat dengan exam, maybe tak masuk kot. Alah nak masuk lagi! :< Takpe la, fokus study pulak. Eh okay lah gtg for bathing >< See ya. Loveyou xoxo



