Mekar mawar yang kau tanam di hatiku. Tercium wangi semerbak. Melambangkan segala sayang dan cinta hanya untukmu seorang. Cinta pertama adalah kenangan. Cinta kedua adalah pelajaran dan cinta
yang seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan
masakan tanpa garam. Kerana itu jagalah cinta yang dianugerahkan itu
sebaik-baiknya agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim. Seseorang tak akan pernah menyedari dalam nya rasa cinta sampai tiba saat perpisahan. Ia cuma mengambil masa satu minit untuk jatuh hati pada seseorang, satu
jam untuk menyukai seseorang dan satu hari untuk mencintai seseorang tetapi
ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang. Mungkin Tuhan sengaja memberi kita berjumpa dengan orang yang salah
sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui
insan yang betul. Kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan
pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang kita punya sehinggalah
kita kehilangan nya dan juga benar bahawa kita tidak akan tahu apa yang
kita rindukan sehinggalah ianya hadir. Bila Tuhan masih memberi aku kesempatan untuk hidup lebih lama, aku hanya ingin lalui itu denganmu sayang. Kau bukanlah yang pertama untuk aku tapi kau yang terakhir bagiku. Tidak ada yang mampu membuat hati ini tersentuh kecuali dirimu sayang. Kerana kau lah hero terindah dalam hidupku. Selama nafas ini masih ada, selama jantung ini masih berdenyut, aku akan mencintaimu dan membahagiakanmu. Cinta itu adalah anugerah terindah dari Tuhan. Aku bersujud dan berdoa
pada Tuhan dan akhirnya aku menemui anugerah terindah itu iaitu kau.
Terima kasih sayangku kau telah membuatku bahagia selama ini. Untuk itu aku akan setia di hatimu hari ini & selamanya. Jangan biarkan api asmara kita padam oleh tiupan badai cemburu. Kebahagiaanku belum sempurna tanpa dirimu di sisiku. Aku ingin cinta kita seperti bara yang makin benderang oleh hembusan angin. Aku tidak tahu sampai bila usiaku tapi aku yakin cintaku selamanya untukmu.
Only you, NABIQIA ASHROF BIN MOHD RADZI